Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tak Boleh Tukar, Jangan Terpedaya Dengan 'Ejen'" - Exco Johor Beri Penjelasan Kepada Mereka Yang Mahu Tukar Nombor IC Kepada '01'


Petaling Jaya, 29 Mei - Sesetengah individu yang lahir di negeri lain kini dikatakan berebut-rebut untuk menukar nombor tengah kad pengenalan mereka kepada nombor "01" yang menandakan mereka lahir di Johor.

Malah, ada juga yang sanggup membayar bagi mendapatkan 'keistimewaan' itu.

Namun, perkara itu adalah mustahil sama sekali.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong, dia dimaklumkan mengenai kewujudan 'ejen' yang meminta bayaran sehingga ribuan ringgit untuk perkhidmatan itu.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan ejen penipu itu, lapor The Star Online.

Tee juga mendedahkan ada orang di Selangor dan Kuala Lumpur bertanyakan kepadanya jika mereka boleh menukar nombor Mykad mereka kepada nombor "01", namun beliau menegaskan perkara itu mustahil.

Kami mengalu-alukan sesiapa untuk tinggal dan menjalankan perniagaan di Johor. Anda tidak perlu tukar nombor MyKad anda untuk tinggal di negeri ini.

Ketika ditanya mengapa ada yang sanggup bersusah payah menukar nombor MyKad mereka, Tee berkata dia percaya ia disebabkan oleh terma "Bangsa Johor" yang digunakan untuk merujuk kepada mereka yang lahir di negeri Johor.

Ia juga mungkin kerana pengenalan konsep “Johor Muafakat” oleh kerajaan negeri yang menarik ramai orang untuk menjadi orang Johor.

Selain itu, katanya negeri itu makmur dengan pembangunan stabil dan rakyat pelbagai bangsa tinggal bersama secara harmoni. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli