Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Terima Kasih Kerana Selamatkan Kami” Ucapan Dari Wanita Yang Hampir Disamun Kepada Hero Ini

One Comment
Hero yang dimaksudkan


*Gambar lelaki ini Siakapkeli kaburkan sebagai langkah keselamatan beliau


PETALING JAYA, 23 Mei: Seorang lelaki yang baik hati kerana membantu seorang wanita dan anak wanita tersebut dari satu kumpulan penyamun kini sedang dicari oleh orang ramai khususnya netizen di media sosial.

Wanita berkenaan, Reena Peter, berkata dia dikacau oleh kumpulan penyamun itu ketika sedang menaiki Komuter ke KL Sentral pada petang Sabtu.

Kumpulan lelaki terbabit dikatakan cuba menyamun Reena dan anaknya di dalam komuter itu yang kosong itu.

Namun, perbuatan kumpulan itu gagal apabila lelaki baik hati itu datang membantu..

Ketika ingin menyelamatkan Reena dan anak Reena, lelaki tersebut terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan itu dan berjaya mengalahkan ketua kumpulan tersebut.

Selepas pergaduhan itu, kumpulan terbabit melarikan diri di stesen berikutnya. Bagaimanapun, Reena dan anaknya, yang dalam keadaan terkejut, tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada penyelamat mereka itu.

Bagaimanapun, anak Reena sempat mengambil gambar hero mereka itu menggunakan telefon bimbit.

Reena kemudian memuat naik kisah berkenaan di Facebook bagi menyampaikan ucapan terima kasihnya, dan meminta pertolongan orang ramai untuk menyampaikan ucapan tersebut.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. dlm lrt pun org boleh nak menyamun? bahaya betula.. please la letak 1 2 org pasukan keselamatan untuk aware..

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli