Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Tergerak Hati Untuk Bantu Dia...", kata Koperal Ropi Menceritakan Kejadian Selepas Gambarnya Tolong OKU Jadi Viral

Foto Harian Metro

Kuala Lumpur, 30 Mei: Tindakan seorang anggota polis yang membantu seorang lelaki OKU melintas jalan baru-baru ini mendapat pujian netizen selepas gambarnya menjadi viral di media sosial.

Anggota polis berpangkal koperal itu, Koperal Mohd Ropi Mat Ali, 47, dari Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail berkata ketika kejadian, dia bersama seorang rakan setugas sedang melakukan rondaan di Jalan Mohd Fuad, TTDI, dan ternampak lelaki OKU terbabit cuba melintas jalan.

Seorang anggota polis berpangkat koperal mendapat pujian banyak pihak selepas gambarnya membantu lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) melintas jalan dengan menumpangkan lelaki berkenaan di atas motosikalnya ketika melakukan rondaan, tersebar di media sosial.

"Keadaan jalan ketika itu agak sesak dan sudah pasti sukar untuk lelaki berkenaan melintas jalan kerana dia tiada kaki.

"Saya tergerak hati untuk membantu dengan memboncengkannya dan menghantarnya ke perhentian bas kira-kira 300 meter dari lokasi dia ditemui," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Tindakan koperal itu juga mendapat pujian dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata : "Syabas Koperal Ropi dari Balai Polis Taman Tun Dr Ismail yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal kerana membantu seorang lelaki kurang upaya membonceng motosikal beliau semasa sedang membuat rondaan," tulis Khalid. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli