Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Presiden Filipina Tak Mahu Tinggal di Kediaman Presiden Kerana Berhantu

No Comment


FILIPINA - Presien Filipina yang baru, Rodrigo Duterte tidak mahu tinggal di kediaman presiden mendakwa tempat itu berhantu.

Selepas dilantik kelmarin, Duterte telah melakukan beberapa dasar baru di bawah pimpinan kerajaan barunya.

Walaubagaimanapun, presiden yang berusia 71 tahun itu takut untuk menduduki Istanan Malacanang - yang merupakan kediaman rasmi presiden Filipina - yang disediakan oleh kerajaan untuknya.

"Saya tidak mahu tinggal dan tidur dengan hantu. Semua hantu yang ada di Filipina berada dalam rumah itu. Ada yang berkeliaran ke sana ke mari. Ada juga yang kelihatan bermesyuarat di situ," dakwa Durerte sebagaimana lapor Sinar Online.

Sejak dari dahulu lagi, cerita hantu di kediaman rasmi itu menjadi bualan ramai.

Antara gambar yang menjadi bualan masyarakat setempat


Kediaman itu dibina sebelum Perang Dunia kedua lagi dan pelbagai cerita ngeri dan menakutkan tersebar luas dalam kalangan rakyat.

Rakyatnya percaya, kediaman itu berhantu disebabkan tragedi-tragedi yang berlaku pada perang dunia kedua.

Durerte

Disebabkan itu, Durerte bercadang untuk menaiki kapal terbang untuk berulang alik antara rumahnya dengan pejabat presiden.

"Tetapi untuk upacara angkat sumpah presiden yang baru, ia tetap diadakan di Istana Malacanang," lapor akhbar Hong Kong, Phoenix.

Kisah-kisah aneh di kediaman itu turut diabadikan di laman web Malacanang.gov.ph yang menampilkan beberapa kisah mistik yang berlaku di dalamnya.

Antaranya adalah kisah piano bermain sendiri seperti yang didakwa oleh presiden sebelumnya, Benigno S. Aquino III - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli