Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Memandu Melebihi Had Muatan Dan Merbahaya, Pemandu Lori Sedang Diburu Polis


TEMERLOH: Pihak Polis kini dilaporkan sedang giat mengesan pemandu lori yang membawa muatan berlebihan dan dilihat memandu secara merbahaya, lapor Sinar Harian.

Tindakan pemandu lori berkenaan yang memandu secara merbahaya telah berjaya dirakam oleh pengguna jalan raya dan video berkenaan telah menjadi viral di laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai dan menerusi media sosial.

Berdasarkan video, pihak polis mengenal pasti lokasi kejadian berkenaan berlaku di jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat simpang Kampung Belengu di sini.

“Kita sudah kenal pasti lori terbabit dan sedang mengesan pemandunya, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) berikutan memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya.

Berdasarkan rakaman video, lori berkenaan yang membawa muatan berlebihan sehingga melebihi had tinggi telah memandu memasuki lorong bertentangan bagi melalui bawah jambatan di mana lorong bertentangan berkenaan terdapat kenderaan lain di hadapannya.

“Rakaman menunjukkan pemandu lori bertindak masuk lorong bertentangan selepas menyedari muatan dibawa, hampir tersangkut pada jambatan di lokasi kejadian.

“Disebabkan kedudukan struktur jambatan lebih tinggi di laluan bertentangan, jadi pemandu ini mengubah haluan secara tiba-tiba," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli