Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Perlawanan Terakhir Saya Esok" - Kata Ibrahimovic


PARIS: Bintang Paris Saint-Germain, Zlatan Ibrahimovic mengesahkan dia akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini.

"Perlawanan terakhir saya esok di Parc des Princes. Saya tiba seperti seorang raja, saya tinggalkan seperti seorang legenda," kata Ibrahomovic menerusi akaun Twitternya.

Ibrahimovic akan membuat penampilan terakhirnya bersama kelab itu pada perlawanan Ligue 1 terakhir musim ini menentang Nantes pada awal pagi Ahad.

Bagaimanapun dia akan menyarung jersi PSG sekali lagi dalam final Piala Perancis menentang Marseille pada 21 Mei ini di Stade de France.

"Selepas berbincang antara PSG dan ejen Zlatan Ibrahimovic, kelab dan pemain memutuskan bersama untuk tidak membaharui kontraknya

"Mereka juga bersetuju apabila kariernya sebagai pemain berakhir, Ibra akan menyertai pengurusan kelab dalam kedudukan pengurusan.", kata PSG sebagaimana lapor BH Online. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli