Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perkataan "SUBHANALLAH" Terpampang Di Beratus-ratus Bas Merah London Sempena Ramadhan


Bas merah Landon yang menjadi ikonik untuk pengankutan awam bandar-bandar di England nampaknya telah dinaikkan poster yang menunjukkan iklan tertulis rasa bahasa Arab "Subhan Allah" (Maha Suci Allah) dalam usaha untuk menggalakkan Islam Britain untuk menyokong mangsa perang Syria.

Memetik laporan portal rt.com, poster berkenaan dilaporkan telah dinaikkan sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi bermula 6 Jun sehingga 7 Julai.

Wajah bandar Landon yang dilihat mula menerima iklan berunsur agama Islam ini selepas Sadiq Khan dari parti buruh telah dilantik menjadi Datuk Bandar Muslim pertama London di mana secara kebetulan beliau adalah anak kepada seorang pemandu bas.

Islamic Relief yang merupakan sebuah badan amal Islam telah membiayai kempen itu di mana ia akan turut dilancarkan di Manchester, Birmingham dan Bradford.


Penganjur berharap ia akan memberi kesan penerimaan masyarakat setempat terhadap Islam dengan cara yang positif dan menggalakkan umat Islam British untuk menderma kepada usaha-usaha kemanusiaan mangsa perang yang sedang berlaku di Syria.

Pengarah Islamic Relief Imran Madden berkata: "Dalam erti kata lain ia boleh dipanggil kempen perubahan iklim kerana kita mahu perubahan iklim negatif sekitar bantuan antarabangsa dan sekitar masyarakat Islam di negara ini.

"Bantuan Antarabangsa telah membantu mengurangkan bilangan orang yang hidup dalam kemiskinan yang melampau sejak 15 tahun yang lalu, dan umat Islam British adalah satu komuniti yang amat murah hati di mana mereka telah menyumbang lebih £ 100 juta kepada badan kebajikan bantuan antarabangsa dalam bulan Ramadhan."

Walaupun kempen ini telah mendapat sokongan daripada tokoh Islam British, termasuk permain kriket England, Moheen Ali, keputusan oleh Transport for London (TfL) untuk membenarkan poster telah dikritik oleh beberapa pertubuhan bukan Islam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli