Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penjaga Gol Melaka United Meninggal Dunia

No Comment

Melaka, 1 Mei: Penjaga gol simpanan Melaka United, Marco Stefan Petrovski, 18, yang tidak sedarkan selepas dipanah petir pada 5 April lalu, meninggal dunia sebentar tadi sebuah hospital swasta di Jalan Bendahara, di sini.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) Datuk Yusof Mahadi mengesahkan perkara itu.
Petrovski tidak sedarkan diri selepas dipanah petir itu ketika menjalani latihan skuad Piala Presiden di Padang Sepuluh, Krubong. Ketika kejadian, dia menjalani latihan bersama 28 pemain di padang terbabit bermula 4 petang.
Pemain itu bermain untuk pasukan Sydney Olympic FC di Australia sebelum berpindah ke MU musim ini.
Bapanya, Marjan Petrovski dan ibunya, Marie Lupang, tiba di Malaysia dari Australia, 7 April lalu. - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli