Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Pengharaman Bergambar Dengan Kucing Tidak Terpakai Di Sini" - Mufti


SEREMBAN: Berikutakan pengharaman untuk mengambil gambar dengan kucing yang diisytiharkan ulama Arab Saudi, Sheikh Saleh Al-Fauzan, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menyatakan hukum berkenaan tidak terpakai di negeri ini, lapor Sinar Harian.

Mohd Yusof berkata, perbuatan mengambil gambar dalam bentuk foto yang merupakan sesuatu yang harus malah tiada nas dalam al-Quran atau hadis melarang perkara sedemikian.

“Berdasarkan penelitian dan pemahaman saya, beliau mengharamkannya disebabkan bimbang trend dari Barat itu menular di Arab Saudi. Ini yang saya tidak faham... mengapa beliau perlu takut?

“Sedangkan sahabat Rasulullah SAW sendiri dinamakan sebagai Abu Hurairah yang bermaksud Bapa Kucing kerana terlalu menyayangi haiwan berkenaan. Apatah lagi kucing memang menjadi peliharaan di negara ini. Cuma kebetulan trend itu dipopularkan oleh Barat,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan kenyataan Sheikh Saleh  itu, ini kerana baginya, mungkin ulama Saudi itu mempunyai alasan tersendiri untuk mengharamkan perbuatan itu dan hanya ulama tersebut yang tahu sebabnya.

“Jadi nasihat saya kepada orang ramai khususnya di negeri ini, jangan terlalu mudah sebarkan perkara yang pelik. Sebaliknya rujuk dulu pada mereka yang arif untuk mendapatkan penjelasan.

“Kalau tidak, dikhuatiri boleh mencetuskan kekeliruan, kerisauan dan pertikaian sampai memecahbelahkan masyarakat,” katanya.

Sheikh Saleh sebelum ini menegaskan bahawa mengambil gambar adalah haram, tidak kira sama ada dengan kucing, anjing, serigala atau apa-apa sahaja kecuali darurat ketika menjawab pertanyaan penonton dalam sebuah rancangan televisyen, kini mula menjadi viral di internet. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli