Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pencetus Ummah Zaid Meninggal Dunia Pagi Tadi


Bekas peserta Pencetus Ummah, PU Zaid atau nama penuhnya Abdul Zaid bin Abdul,31, dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi tadi dirumahnya di Kampung Tanjung Batu, Tawau.

Anak keempat dari sembilan adik beradik itu,dilaporkan telah pengsan di dalam bilik mandi sebelum disahkan meninggal dunia. Namun punca sebenar arwah pengsan belum dapat kami dipastikan.

Berita tentang pemergian arwah ini turut dikongsikan oleh Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan melalui laman Facebook beliau.


Kelihatan ramai netizen mengucapkan salam takziah kepada isteri Allahyarham melalui laman Facebook.

Abdul Zaid merupakan peserta Pencetus Ummah musim 2015 yang berasal daripada Tawau, Sabah, di dalam program keagamaan Pencetus Ummah berkenaan berliau selalu menggunakan tagline "Dakwah dari sabah, mesti mau senyum bah."

Allahyarham dijangka akan dikebumikan petang ini di tanah perkuburan Pasir Putih selepas adik beradik yang lain tiba.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli