Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemilik Restoran Didapati Bersalah Membunuh Pelanggan 'Dengan Kari'


North Yorkshire, 22 Mei - Seorang pemilik restoran India didapati bersalah kerana membunuh kerana cuai melampau berikutan kematian seorang pelanggan disebabkan alergi dengan kekacang.

Mangsa, Paul Wilson, telah pun memberitahu restoran itu mengenai allerginya, namun kemudian ditemui mati di bilik air rumahnya selepas memakan kari yang dibungkus balik itu dalam kejadian pada Januari 2014.

Mahkamah Teeside Crown telah mendengar bagaimana pemilik restoran Indian Garden in Easingwold, Mohammed Zaman, 'bersikap cuai dan tidak teliti terhadap risiko' dan 'mementingkan untung dari keselamatan", lapor Independent.co.uk.

Paul Wilson(tengah)
Biarpun memesan makanan tanpa kacang, mangsa tetap diberi ayam tikka masala yang mengandungi kacang.

Pihak pendakwa berkata, Zaman telah menukar serbuk almond dengan campuran kacang tanah untuk mengurangkan kos di restoran miliknya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli