Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Makan Nestum Untuk Berjimat Beli Buku Dapat Anugerah UiTM



Seorang penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) UiTM Perlis mendedahkan dia sanggup mengikat perut kerana hendak menyimpan wang supaya boleh membeli buku tambahan.

Anis Najwa Abdul Wahab, 23, yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur, mendedahkan dia sanggup menahan lapar dan hanya makan nestum dua kali sehari untuk mengganti nasi.

"Syukur....segala usaha saya berhasil apabila dipilih antara 43 penerima ANC pada konvokesyen ke-84 UiTM Perlis," katanya ketika ditemui selepas majlis itu di Dewan Semarak UiTM di Arau, hari ini.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.79 berkata dia ditawarkan biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setelah memperoleh PNGK 4.00 pada semester pertama.

Menurut Najwa, dia sentiasa berfikiran positif dan cuba untuk mendapat anugerah dekan pada setiap semester.

"Saya sanggup menipu mak dan abah tentang keadaan saya (tidak cukup wang) dan hanya berkongsi cerita yang menyenangkan hati mereka sahaja kerana saya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa saya.

"Mereka banyak berkorban untuk saya dan abang, Muhammad Farid, 24, yang mengikuti pengajian Sarjana di United Kingdom," kata Anis Najwa sebagaimana lapor Bernama.

Ibunya, Normaizan Kassim, 55, yang juga seorang pereka grafik di Utusan Melayu ketika ditemui pemberita menangis kegembiraan atas kejayaan anaknya itu.

"Saya dan suami Abdul Wahab Aziz, 60, bekas penyunting di Harian Metro tidak putus-putus berdoa untuk kejayaan anak kami. Hari ini baru saya tahu dia (Anis Najwa) rahsiakan kesusahannya, namun kami sangat-sangat bersyukur," katanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli