Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pandu Melulu : Pemandu Mercedes Benz Direman 2 Hari, Tiada Kaitan Dengan Polis

PEMANDU kereta Mercedes- Benz S4400 bernombor pendaftaran Singapura yang tindakannya memandu secara melulu viral di laman sosial Facebook (FB) isnin lalu di tahan reman dua hari bermula hari ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin 

Johor Bahru, 4 Mei: Pemandu kereta Mercedes-Benz S400 yang sebelum ini viral di media sosial kerana dikatakan memandu secara melulu telah direman selama dua hari sehingga esok.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bharu, Mohammad Salehudin Abd Sani.

Suspek, 46, yang dilihat berpakaian lokap bewarna unggu tiba bersama peguamnya, Datin Freda Sabapathy di mahkamah dalam pukul 3 petang tadi dengan menutup muka menggunakan baju putih.


Harian Metro melaporkan, lelaki warga tempatan yang memiliki status penduduk tetap Singapura itu ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki memandu secara melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Suspek telah menyerah diri di IPD JBU pada 5.30 petang semalam selepas diburu polis setelah laporan polis dibuat oleh saksi kejadian.

Dalam pada itu, polis Johor menafikan pihak mereka mempunyai sebarang kaitan dengan lelaki berkenaan.

Polis tidak mempunyai sebarang kaitan dan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalu-lintas.

Berdasarkan semakan dibuat melalui Sistem Cops, mendapati pemandu terbabit mempunyai 13 rekod  saman dijelaskan. Ia membabitkan 12 kesalahan memandu laju dan satu kesalahan memandu di lorong kecemasan", kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik negeri, Superintendan Baharudin Mat Taib - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli