Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Orang Ramai Kena 'Troll' Dengan Cermin Mata di Pameran Seni


London, 26 Mei - Antara 'prank' yang paling mudah untuk dilakukan. Letakkan satu objek random di dalam galeri seni dan tunggu orang ramai datang 'memuja' objek itu sebagai seni.

Itu yang berlaku di sebuah pameran seni tertutup di London dimana pengunjung dilihat berkumpul seolah-olah teruja melihat sepasang cermin mata sehinggakan ada yang terduduk untuk mengambil gambar hasil seni itu.

Namun, ternyata cermin mata itu sekadar 'prank' sahaja apabila pemiliknya tampil membuat pengakuan di Twitter.

TJ Khayatan dan rakannya membuat pengakuan itu dengan berkata :

"Haha. Kami letak cermin mata atas lantai di sebuah galeri seni dan...", tulisnya dengan melampirkan beberapa gambar aksi orang ramai melihat 'hasil seni itu'.








Tweet tersebut menjadi viral dan medapat lebih dari 47,000 retweet dan likes lebih dari 51,000 kali.

Gambar TJ meletakkan cermin mata di satu sudut di galeri tersebut.

Di bahagian komen, netizen menimbulkan persoalan, jika cermin mata ini pun dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa, apakah seni sebenarnya dan adakah mereka yang memuja cermin mata itu sekadar berpura-pura meminati seni? - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli