Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib Jamin Kerajaan Tak Akan Naikkan GST



KUALA LUMPUR, 1 May - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menaikkan kadar GST.

Menulis di blognya, Najib berkata kadar enam peratus pada masa ini akan dikekalkan.

"Sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, saya ulangi jaminan bahawa langsung tidak ada perancangan untuk mengubah kadar GST pada masa ini dan ia akan dikekalkan," tulisnya semalam.

Dalam masa yang sama, Najib menasihatkan agar rakyat tidak terpengaruh dengan desas-desus yang tersebar.

"Saya nasihatkan rakyat Sarawak janganlah terperangkap dengan fitnah dan pembohongan oleh pembangkang yang sudah hilang modal politik," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli