Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[KEMASKINI] Nahas Sebuyau, Pihak Penyelamat Temui Serpihan Helikopter Hilang


KUCHING: Perdana Menteri sebentar mengesahkan pihak penyelamat telah menjumpai serpihan helikopter helicopter Eurocopter AS350 yang dilaporkan hilang petang semalam di Sebuyau. lapor Sinar Harian.

Menurut beliau maklumat penemuan itu diterima pada jam 9.50 pagi tadi.

"Sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahgian lain telah dijumpai. Pasukan SAR akan berusaha mencari badan utama helikopter tersebut," katanya pada sidang media.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian

Menurut Perdana Menteri, lokasi yang dijumpai di sekitar Sungai Batang Lupar menyukarkan operasi menyelamat.

Helikopter berkenaan yang diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas membawa enam orang termasuk juruterbangnya itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri. - Siakapkeli.my

KEMASKINI













Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli