Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

MRSM Untuk Anak Polis Akan Dibina di Perak



Kuching, 2 Mei: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang khas untuk anak pegawai dan anggota polis akan dibina oleh kerajaan di atas tanah seluas 50 ekar di Perak.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pembinaan MRSM itu bertujuan untuk memastikan kebajikan anak anggota PDRM terus terbela.

"Melalui pembinaan MRSM baru ini, keutamaan kemasukan pelajar akan diberikan kepada anak anggota PDRM.

"MRSM ini akan dibina di kawasan tanah seluas 20 hektar, tapak lokasi akan dimaklumkan kemudian. Ketika ini tender sudah diberikan kepada kontraktor dan pembinaan akan bermula Jun ini," katanya ketika Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Pasukan Gerakan Awam Briged Batu Kawa di Kem PGA Sarawak, di sini hari ini.

Turut hadir di majlis berkenaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DS Muhammad Sabtu Osman.

MRSM itu merupakan MRSM kedua yang dibina untuk anak anggota polis. MRSM pertama dibina di Kulim kedah pada 1990. - Siakapkeli.my

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli