Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mangsa Banjir Kilat Boleh Saman Pihak PBT - Peguam


Baru-baru ini beberapa tempat di sekitar Lembah Klang telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan ratusan kenderaan rosak kerana dimasuki air.

Namun, tahukah anda bahawa kejadian banjir kilat berkeaan membolehkan mangsa yang terlibat menyaman pihak berkuasa tempatan (PBT) di mahkamah, namun perlu mempunyai bukti yang disokong oleh pakar berkaitan.

Memetik laporan Bernama yang menemubual seorang peguam di firma guaman swasta, Syahredzan Johan berkata, mangsa yang terlibat dalam kejadian itu di mana menyebabkan kerosakan kepada harta benda mereka hanya perlu mengemukakan bukti berkaitan kecuaian atau kelonggaran tanggungjawab oleh PBT sehingga boleh menyebabkan berlaku bencana sebegitu.

"Sebagai contoh, dalam kes ini mangsa boleh dapatkan pakar dalam bidang kejuruteraan yang akan memberi keterangan mewakili pihak mangsa di mahkamah. 

"Keterangan yang diberikan adalah berdasarkan bukti-bukti antaranya keterangan daripada saksi, keratan akhbar, gambar insiden dan resit yang melibatkan pembayaran kerosakan aset mereka ekoran kejadian itu," katanya.

BACA: (20 Gambar & Video) Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat

Menurut beliau lagi, proses melibatkan pakar berkenaan biasanya akan memerlukan kos yang agak tinggi dan hal ini menyebabkan mangsa terasa terbeban dan seterusnya bertindak 'angkat tangan' untuk menyaman pihak berkuasa.

"Tetapi sekiranya PBT menerima tuntutan saman daripada mangsa, mereka (PBT) tidak boleh tidak mengendahkan saman itu kerana perlu mengikut perintah mahkamah dan selesaikan segala kes yang berkaitan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa agar pihak PBT mencari jalan penyelesaiaany dan bukan hanya menunggu sehingga diambil tindakan oleh mangsa, baharu mahu bertindak.

"PBT perlu tengok semula apa yang perlu dibuat untuk selesaikan permasalahan banjir kilat di ibu negara, hal ini kerana ia melibatkan banyak kerosakan dan kerugian orang ramai," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia berdepan dengan saman oleh mangsa banjir kilat baru-baru ini.

"Jika mereka nak saman, DBKL hanya menunggu kes didengar di mahkamah nanti. DBKL mempunyai peguam khas untuk menyelesaikan urusan ini," katanya kepada BERNAMA melalui WhatsApp.

Menurut beliua, pihak DBKL dalam masa ini sedang membuat pemeriksaan dan pembersihan keseluruhan sistem saliran di kawasan banjir serta beberapa kawasan lain yang dikenal pasti akan terbabit dengan bencana alam itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli