Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Terkejut Powerbank Tiba-Tiba Meletup & Terbakar Ketika Sedang Tidur

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Mei - Seorang lelaki yang bekerja sebaagi penolong penerbit di sebuah stesen televisyen swasta di sini  terpaksa berhadapan dengan pengalaman yang mendebarkan apabila powerbank yang disimpan di dalam begnya tiba-tiba meletup dan terbakar di rumahnya di Bandar Kinrara hari ini.

"Bunyi letupan kecil mengejutkan saya daripada tidur sebelum terhidu bau benda terbakar berhampiran hujung katil saya," kata Dominic Loke Kean Fong, 27, sambil memberitahu beliau bergegas bangun dan memadamkan api dengan air.

"Kejadian itu berlaku tiba-tiba, dan saya tak cas pun powerbank itu, hanya letak dalam beg sejak malam semalam," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Loke berkata, kejadian yang berlaku pada awal pagi itu turut menyebabkan beberapa perabot di bilik tidur di rumahnya rosak akibat terbakar.

"Saya bersyukur kerana tidak meletakkan powerbank dan telefon bimbit di sebelah saya ketika tidur dan meletakkannya di hujung katil," kata Loke menerusi Facebook.

Catatan Loke yang bertujuan untuk memberi amaran kepada pengguna lain itu telah menjadi viral di media sosial.

Sementara itu, Timbalan Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia Dr Lee Nan Seng berkata pengguna harus mengenal pasti keaslian alat itu sebelum membelinya.

Beliau berkata powerbank tiruan boleh menjurus kepada alat itu mudah meletup dan terbakar berbanding barang asli.

"Sesiapa yang mengalami insiden serupa perlu membuat aduan kepada pihak relevan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli