Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suami Tembak Doktor Lelaki Yang Bantu Isterinya Bersalin

No Comment

Arab Saudi - Seorang lelaki telah ditahan polis kerana menembak seorang doktor lelaki yang telah bantu isterinya ketika bersalin.

MStar Online melaporkan, suspek berang apabila hospital membenarkan doktor lelaki membantu isterinya melahirkan.

Lelaki itu pada mulanya meminta agar doktor wanita membantu isterinya bersalin namun kecewa apabila doktor lelaki terbabit dibenarkan menyambut isterinya bersalin.

Difahamkan, lelaki tersebut kecewa kerana doktor itu melihat isterinya dalam keadaan tidak berpakaian.

Laporan Gulf News menyatakan, bayi kepada suspek lahir pada April lalu di sebuah pusat perubatan di Riyadh, Arab Saudi.

Lelaki itu dilaporkan pergi ke hospital dan menghubungi doktor lelaki berkenaan untuk berjumpa bagi mengucapkan terima kasih kerana membantu memudahkan kelahiran anaknya tanpa sebarang komplikasi.

Namun suspek bertindak menembak doktor tersebut ketika dalam satu pertemuan di taman hospital sebelum dia melarikan diri.

Dia bagaimanapun berjaya diburu dan ditahan polis.

Menurut laporan Newsweek, doktor lelaki itu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan difahamkan mangsa kini dalam keadaan stabil. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli