Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Ditahan Selepas Hina Institusi Diraja Johor Dan Pasukan JDT Di Facebook


Johor Bahru: Pihak polis hari ini dalam setau kenyataan mengesahkan mereka telah menahan seorang lelaki kerana disyaki menghina institusi Diraja Johor dan pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim(JDT) menggunakan laman Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, hasil siasatan awal antaran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Jabatan Siasatan Jenayah, D9 IPK Pahang, satu tangkapan telah dilakukan melibatkan seorang lelaki berumur 40an kira-kira ham 2.40 pagi tadi.

"Suspek ditahan selepas disyaki mengeluarkan kata-kata bersifat jelik yang berbentuk penghinaan terhadap Institusi Diraja Johor dan pasukan bola sepak Johor DT dalam page FB yang dikenali sebagai 'The Elephant Skull'," katanya.

Pihak polis turut merampas dua buah komputer riba dan sebuah telefon bimbit untuk tujuan siasatan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 dimana jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih dari 50 ribu ringgit atau penjara tidak lebih dari setahun atau kedua-duanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli