Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KFA Tolak Tawaran Tajaan RM30 Juta Dari Syarikat D'Herbs Holdings


ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini dalam satu kenytaan mengumumkan telah membuat keputusan menolak tawaran tajaan bernilai RM30 juta oleh syarikat D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, lapor Berita Harian.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan negeri, Datuk Aminuddin Omar berkata, keputusan berkenaan telah dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Pengurusan KFA yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Presiden KFA.

"Penelitian syarat yang diberi pengasas syarikat terbabit, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman ada yang boleh diterima, tetapi ada beberapa yang terpaksa ditolak jawatankuasa.

"Keputusan ini muktamad sebab perkara ini sudah berlarutan beberapa bulan dan kita berharap kedua-dua pihak tidak membuat sebarang kenyataan bagi menjaga imej masing-masing," katanya dalam sidang media di pejabat Stadium Alor Setar di sini, hari ini.

Pemilik syarikat D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri sebelum ini telah mengumumkan akan menaja skuad Hijau Kuning dengan nilai tajaan keseluruhan berjumlah RM30 juta untuk tempoh tiga tahun bagi memberi manfaat untuk pembangunan bola sepak Kedah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli