Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kerana 'Peti Ais Bodoh', Dua Beradik Ini Dapat Peti Ais Baru

No Comment

Gelagat dua beradik yang kecoh apabila pintu peti ais di rumah mereka tercabut menjadi viral sejak minggu lalu.

Gelagat melucukan itu mencuit hati netizen yang menonton kesungguhan mereka cuba memperbetulkan semula pintu peti ais tersebut, namun dalam masa yang sama masih sempat 'bercekau' antara mereka.

Selain dari dua beradik itu, turut kelihatan seorang kanak-kanak lagi, dipercayai adik mereka turut sama 'sibuk' melihat apa yang berlaku.

Turut kedengaran ibu kanak-kanak tersebut yang memarahi mereka kerana merosakkan peti ais tersebut.

Si abang dilihat cuba membetulkan pintu peti ais yang dirosakkan adiknya, sambil mulutnya membebel memarahi si adik yang asyik menuduh peti ais itu sebagai 'bodoh'.

"Yang hang pi hempas kuat-kuat pasai apa? Dok kata peti ais bodoh, dia yang bodoh,” bebel si abang dalam loghat utara.

Namun kini mereka sudah boleh bergembira dengan peti baharu selepas menjadi tetamui rancangan Meletop Kebaboom pada dua hari lalu.

"Dua beradik yang tengah viral gara-gara kerana sebuah peti ais!! Terima kasih datang dari jauh Kedah ke Kuala Lumpur untuk muncul di Meletop Kebaboom!! Sebagai hadiah, Meletop Kebaboom turut memberikan hadiah saguhati sebuah peti ais kepada dua beradik ni! #meletopkebaboom", tulis Meletop Kebaboom di laman Instagram mereka.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tentu sekarang mereka bergembira dengan peti ais baru mereka.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli