Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kak Mah Berputih Mata Barang Kemas Bertukar Jadi Daun Kering dan Pasir


PASIR MAS, 10 Mei - Seorang wanita berputih mata apabila barang kemasnya yang bernilai hampir RM16,000 bertukar menjadi daun kering dan pasir.

Sinar Harian melaporkan, Kak Mah, 60-an, dipercayai dipukau oleh dua orang lelaki yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.

Menurut Kak Mah, salah seorang dari lelaki terbabit memperkenalkan dirinya sebagai Ustaz Ibrahim dan berdialek dalam bahasa kelantan manakala seorang lagi bertutur dalam bahasa melayu biasa.

"Semasa kejadian Kak Mah baru lepas mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

"Ketika itu Kak Mah sedang menunggu kereta sapu untuk pulang ke rumah dan menumpang teduh di salah sebuah wakaf berhampiran Dewan Majlis Daerah Pasir Mas.

"Tiba-tiba Kak Mah didatangi oleh dua lelaki dan mereka berdua bercakap tentang kelebihan sebutir batu sebesar jari kelinking seakan-akan warna emas yang tertera nama Nabi Muhammad SAW," katanya.

Menurutnya juga, lelaki itu juga rancak menceritakan keistimewaan batu itu yang boleh diguna sebagai pelaris dan merawat pelbagai penyakit. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli