Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kadi Rebah Ketika Baca Doa Selepas Solat Isyak Malam Nisfu Sya'ban


KLUANG: Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Kadi Daerah Kluang disahkan meninggal dunia ketika malam kelmarin selepas beliau dilaporkan rebah selepas menunaikan solat isyak pada malam Nisfu Sya’ban di Masjid Jamek Bandar Kluang, lapor Sinar Harian.

Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 9 malam di mana Bongkari Marimon, 47 dilaporkan telah rebah secara tiba-tiba.

Anak bongdu arwah, Saidatul Humairah, 15 mengesahkan kejadina berkenaan di mana beliau berkata, ahli keluarganya dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 9.30 malam.

Menurutnya, dia yang hanya diberitahu bapanya jatuh selepas menunaikan solat Isyak segera ke masjid berkenaan bersama ibu, Ramlah Abdul Razak, 46, abangnya, Mohd Zaki, 19, dan kakak, Siti Maisarah, 17.

“Apabila tiba di masjid, kami tak sempat berjumpa dengan abah kerana abah dah meninggal dunia. Semua berlaku dengan cepat.

“Kami sekeluarga juga masih dalam keadaan terkejut kerana sebelum pergi ke masjid, abah seperti biasa, tiada sebarang perubahan cuma demam sedikit.

“Abah juga tiada penyakit, tapi tak sangka abah pergi dengan cepat, abah jatuh lepas tu terus meninggal dunia. Semuanya dipermudahkan,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan Kluang, semalam.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Bongkari disolatkan di masjid berkenaan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan Kluang, jam 11 pagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli