Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

K Devan Umum Letak Jawatan Jurulatih Kelantan



KOTA BHARU, 11 Mei: K. Devan hari ini mengesahkan beliau meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih Kelantan bermula hari ini dengan kerelaannya sendiri tanpa tekanan dari mana-manan pihak.

BH Online melaporkan, K. Devan membuat keputusan untuk meletak jawatan hari ini dan tindakkannya itu direstui KAFA.

"Saya letak jawatan atas sebab peribadi dan tidak dipaksa sesiapa pun. Petang tadi saya sudah maklumkan dan pengurusan KAFA restu," katanya.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang surat rasmi mengenai perletakan jawatan itu.

Malah beliau sendiri terkejut dan akan menghubungi Kevan untuk penjelasan lanjut.

"Saya tak tahu beliau meletak jawatan dan tidak terima apa-apa surat letak jawatan. Sepatutnya hanya Setiausaha Agung dan Presiden sahaja yang berhak menerima surat itu.

"Tapi sehingga hari ini saya tidak terima dan mustahil jika ia diserahkan kepada Presiden. "Saya sedang usaha mendapatkan penjelasan daripada beliau," katanya.

Tambahnya lagi, Devan tidak memaklumkan apa-apa mengenai perkara itu ketika pertemuan mereka kelmarin. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli