Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jumpa Mayat Tanpa Pengenalan Diri

No Comment


Johor Bahru, 11 Mei: Satu mayat ditemui terdampar di Pantai Lido, berhampiran dengan Dataran Bandaraya Johor pagi tadi oleh orang awam.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, mayat itu, yang dipercayai lelaki berusia 60-an, ditemui pada jam 11.30 pagi tadi.

Beliau berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam sebelum menemui mayat mangsa yang memakai baju-T lengan pendek berwarna putih dan berseluar pendek.

"Hasil pemeriksaan pada mayat, kita tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri atau nota yang ditinggalkan.

"Siasatan awal juga mendapati tidak ada tanda-tanda yang berunsurkan jenayah," katanya sebagaimana lapor Harian Metro. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli