Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Jangan Risau, Kalau Iyda Tak Dapat Mekap, Iyda Refund' - Kisah Jurumekap Hidap Kanser ini Jadi Viral

No Comment

Kuala Lumpur:  "Pada yang takut Iyda mati atau tak dapat nak mekap hari bahagia ‘korang’, jangan risau, Iyda 'refund' duit okay.".

Itu respon dari seorang juru mekap, Iyda Yusof, 30, apabila dia mendapat satu mesej dari seorang pelanggan yang mahu membatalkan tempahan servis mekap setelah mengetahui jurumekap itu menghidap kanser.

"Yang dah 'book' jangan la risau andai Iyda tak dapat mekap korang, ramai lagi kawan yang sudi tolong cantikkan 'uols'. Itu janji saya ya. Harap Allah SWT panjangkan usiaku demi anak dan 'customer' tersayang."

Iyda memuat naik keratan perbualannya dengan pelanggan itu di akaun Facebook sebelum menjadi viral.




Harian Metro melaporkan, Iyda berkata dia sebenarnya tidak terkilan apabila hilang pelanggan kerana penyakit yang dihidapinya itu.

"Saya tidak berniat untuk meraih simpati dengan mengemas kini status berkenaan. Saya juga tidak terkilan kerana pelanggan membatalkan tempahan dengan saya kerana risau saya tak sihat dan tak dapat nak solek mereka.

"Apa yang saya cuba sampaikan ialah saya beri jaminan bahawa walaupun saya sakit, tetapi saya tetap akan menepati janji dan jika tidak mampu, ramai lagi kawan saya yang boleh menggantikan saya," katanya.

Iyda berkata dia baru mengetahui tentang penyakitnya itu lima bulan yang lalu.

Disebabkan itu, ibu kepada dua anak berusia 8 dan lima tahun itu berkata dia sedikit tertekan dan berehat selama seminggu.

Dia kemudiannya bangkit daripada kesedihan kerana baginya, ajal dan maut di tangan Allah dan percaya apa saja penyakit ada penawarnya.

"Saya pastinya tertekan apabila mengetahui yang saya ada kanser. Apatah lagi bila doktor beritahu jangka hayat enam bulan atau setahun.

"Bagaimanapun, apabila tengok anak, saya kuatkan semangat dan cuba pelbagai alternatif lain untuk merawat penyakit ini selain kimoterapi yang saya dah lakukan minggu lalu buat pertama kali," katanya.

Disebabkan penyakit itu, Iyda susut berat badan dari 90 kg kepada 59 kg ketika ini.

"Ramai pelanggan sekarang sudah tahu yang saya sakit. Bagaimanapun, selagi saya mampu, saya akan usahakan untuk solek mereka walaupun sudah tiga orang pelanggan membatalkan tempahan.

"Saya juga bersyukur selepas perkara ini ‘viral’, lebih ramai pelanggan yang membuat tempahan termasuk mahu menyertai kelas solekan yang saya anjurkan.

"Saya sudah menerima tempahan sehingga Mac tahun hadapan dan saya tidak terfikir langsung yang saya akan tiada pada masa itu, sebaliknya saya yakin yang saya akan sihat," katanya.

Iyda berkata, dia juga bersyukur mempunyai rakan yang amat memahami walaupun ada juga yang mengambil kesempatan terhadap penyakit yang dihidapinya itu.

"Ramai ambil kesempatan dengan memberitahu pelanggan yang saya sakit dan pujuk pelanggan menempah perkhidmatan solekan mereka. Ada kawan yang lain pula selalu suruh saya pulang awal dan nasihatkan saya supaya tidak ambil tempahan hanya kerana saya sakit.

"Jadi saya mahu mereka faham yang saya masih mampu bekerja, tidak perlu ada perbezaan untuk melayan saya. Paling penting, saya mesti bekerja kerana kalau tidak bekerja, siapa yang akan menampung perbelanjaan untuk rawatan saya nanti?" katanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli