Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini 5 Cara Yang Betul Untuk Menggosok Gigi Supaya Tidak Rosak, Menurut Pakar

No Comment

Anda memberus gigi setiap hari, pagi dan malam, tapi mulut anda masih berbau dan gigi anda masih tidak bersih & rosak. Kenapa? Mungkin kerana cara anda memberus gigi anda salah.

Tapi jangan risau, kerana pakar dari British Dental Association, Professor Damien Walmsley memberikan beberapa tips supaya orang ramai memberus gigi dengan betul.

Jadi, jika anda inginkan senyuman yang menawan, ikuti 5 nasihat ini:

1 - Pastikan anda menggosok paling kurang 2 minit.


Berapa saat anda menggosok gigi? Menurut survey pada 2010 oleh British Dental Health Foundation, kebanyakan orang memberus gigi selama 45 saat. Tapi sebenarnya masa minimun untuk memberus gigi adalah 2 minit.

2 - Pastikan anda menggosok dengan ubat gigi yang mempunyai fluorida


Florida sangat penting untuk kesihatan gigi dan boleh membantu menghalang gigi dari jadi buruk. Jadi pastikan ubat gigi anda mengandungi fluorida sebelum membelinya.

3 - Sejurus selesai menggosok gigi, jangan berkumur dahulu.

Jika anda berkumur selepas anda selesai menggosok gigi, cara anda itu silap. Flourida mengambil masa untuk bertindak di dalam mulut. Jadi, bagi sedikit masa kepada ubat gigi itu di dalam mulut anda sebelum berkumur.

Atau jika boleh, jangan berkumur langsung.

"Anda sepatutnya hanya meludah selepas menggosok gigi, bukannya berkumur supaya boleh mengekalkan ketahanan fluorida.

"Fluorida boleh membantu menghalang, mengawal dan menghentikan kerosakan gigi", kata Damien.

4 - Selepas makan, jangan terus gosok gigi


"Enamel di gigi kita melembut selepas kita makan, terutamanya jika makanan kita mengandungi gula", kata Damian.

Jadi jika kita menggosok sejurus selepas makan, kita mungkin boleh merosakkan enamel pada gigi kita.

"Masa yang terbaik untuk menggosok gigi adalah sejam selepas makan", kata Damien lagi.

5 - Jangan gosok dengan terlalu kasar.


Sangat penting untuk kita menggosok gigi dengan sempurna. Namun jika memberus dengan kasar akan menyebabkan perkara yang tidak elok, kata Damien.

"Ia boleh menyebabkan kerosakan pada tisu lembut di gusi", katanya lagi. - Siakapkeli.my

metro.co.ukSumber :
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli