Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Huruf Awalan Baharu Untuk Plat Kuala Lumpur, Putrajaya

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,19 Mei: Huruf depan baru bagi nombor plate untuk Kuala Lumpur dan Putrajaya akan diperkenalkan mulai Jun dan Julai ini.

Lapor The Sun, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata huruf F akan diletakkan untuk Putrajaya setelah menerima permintaan dari Perbadanan Putrajaya baru-baru ini.

"F" bermaksud persekutuan dan mulai 1 Jun, F akan menjadi huruf baru bagi Putrajaya", kata beliau, sambil menambah bahawa suatu notis bidaan tender bagi nombor keemasan (satu digit) akan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhir bulan ini.

"Bagi Kuala Lumpur, JPJ akan memperkenalkan huruf V selepas Hari Raya, bagi menyenangkan orang ramai dan menggalakkan pemilik kereta membida nombor keemasan, nombor cantik (dua digit) dan nombor popular (empat digit), ” tambah Aziz.

Aziz berkata, orang ramai lebih selesa dengan turutan awalan mudah dan nombor dari 1 ke 9999, tidak seperti urutan sekarang.



Ini berdasarkan kepada penurunan dalam bidaan bagi  urutan nombor plat semasa KL. Jadi saya berharap dengan awalan ‘V’, ia akan mengujakan orang ramai” katanya.

Dengan awalan baru Putrajaya itu, Aziz menjangkakan 'kemeriahan' dalam membida 'F 1'.

Timbalan Menteri itu berkata: "Di UK, seorang ahli perniagaan Yorkshire menolak tawaran sebanyak 6 juta pound sterling (RM34.7 juta) dua tahun lalu untuk membeli plat pendaftaran 'F 1' yang dibeli pada harga 440,000 pound sterling (RM2.5 juta)  untuk Bugatti Veyronnya pada tahun 2008. "

Sementara itu, JPJ akan mengumumkan tarikh pembukaan tender nombor pendaftaran “F 1” minggu depan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli