Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Media Zambia Dakwa China Hasilkan Mayat Dalam Tin Dan Dieksport Sebagai Makanan


Beijing: Kerajaan China telah tampil membuat penafian yang menjadi viral di laman sosial kononnya mereka telah menghasilkan produk makanan dalam tin berasaskan mayat, lapor Mail Online.

Khabar angin berkenaan menjadi bualan hangat di media sosial hampir seluruh dunia di mana gambar-gambar kononnya mayat manusia sedang dilapah dijadikan makanan dalam tin dan kemudiannya dihantar ke seluruh dunia terutamanya benua Afrika.

Gambar berkenaan kononnya telah dirakam di dalam sebuah kilang memproses makanan berasaskan daging di China di mana kelihatan mayat sedang dilapah.

Khabar angin ini dakwa mereka telah mula disebarkan oleh media Zambia di mana mereka telah menyiarkan artikel yang kononnya memetik sumber dari kilang memproses daging di China.



Penyebaran berita berkenaan juga menyebut satu ‘sumber’ dipetik, idea untuk menjual daging manusia sebagai bahan makanan tercetus selepas pihak berkuasa menyedari ia semakin kehabisan ruang untuk mengebumikan mayat.

Ada pula mendakwa kononnya Beijing mahu menjual ‘daging yang elok’ hanya kepada negara maju dan kaya.

Kenyataan media yang dilihat tidak bertanggungjawab berkenaan menyebabkan kedutaan China di Zambia marah. - Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli