Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gara-Gara Tidur Atas Landasan, Lelaki Maut Digilis Kereta Api


Machang: Gara-gara tidur atas landasan, seorang lelaki maut selepas digilis kereta api di Kampung Belukar Panjang, Temangan, pagi tadi, lapor Harian Metro.

Kejadian yang dipercayai berlaku jam 5 pagi itu, mangsa berumur 29 tahun yang dilaporkan penagih dadah telah tidur di atas landasan keretapi sebelum digilis kenderaan berat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani berkata, pihak polis telah menerima panggilan kecemasan pada jam5.49 pagi daripada kakitangan kereta api memaklumkan terlanggar mangsa yang dipercayai tidur di atas landasan berkenaan.

Ketika kejadian, kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Tumpat ke Dabong.

"Hasil siasatan di tempat kejadian, mayat mangsa berkecai diseret keretapi berkenaan.

"Mayat dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat," katanya. - Siakapkeli.my







Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli