Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Remaja Ditemui Lemas Dalam Parit

No Comment


SUNGAI BESAR: Dua sahabat yang berusia 14 tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Jalan Parit 4 1/2 Sungai Panjang, Sungai Besar pada petang tadi.

BH Online melaporkan, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang tadi itu, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan sedang bermain di kawasan sekitar sebelum terjatuh ke dalam parit.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, pihaknya mengerahkan lapan pegawai dan anggota ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

"Mayat mangsa pertama ditemui jam 5.50 petang, manakala mangsa kedua kira-kira tiga minit kemudian.

"Operasi menyelamat turut dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta orang ramai," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli