Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Pendaki Yang Hilang Ditimpa Runtuhan Ais Ditemui Semula Selepas 16 Tahun..Dalam Ais





KATHMANDU: Pada Oktober 1999, pendaki terkemuka dunia, Alex Lowe dan jurugambarnya, David Bridges mendaki puncak Shishapangma, Tibet di ketinggian 8,013 meter ketika mereka ditimpa runtuhan salji.

16 tahun selepas itu, secara tepatnya minggu lalu, mayat kedua-dua pendaki itu ditemui masih dalam terperangkap di dalam ais.

Lowe, 40, disifatkan sebagai seorang pendaki yang terunggul dan terkenal dalam komunitinya kerana pernah menyelamatkan nyawa pendaki lain.

Pendakian pada 1998 itu, yang turut disertai oleh rakan Lowe, Conrad Anker, yang hanya cedera ringan berikutan runtuhan tersebut.

Anker dan beberapa pendaki lain telah cuba mencari Lowe dan jurugambarnya selama beberapa hari sebelum ia dihentikan.

Laporan CNN menyebut, mayat kedua-dua pendaki itu ditemui masih bersalut dalam ais bewarna biru.



Mayat mereka dijangka dibawa keluar dari kawasan pergunungan dalam masa beberapa hari lagi.

Balu Lowe, Jennifer Lowe-Anker, menyifatkan penemuan itu sebagai penutup kepada satu penantian yang sangat lama.

Jennifer kini sudah berkahwin dengan sabahat Lowe, Anker.

Mayat kedua-dua pendaki itu ditemui oleh Ueli Steck, 39 dan David Goettler, 37, ketika sedang mendaki gunung yang sama.

"Dia berkata, 'Kami menemui dua mayat'.

"Mereka berada dalam keadaan sangat rapat. Beg galas North Face merah dan biru. Bot Koflach kuning. Itu semua peralatan masa zaman dahulu", kata Anker yang yakin dengan penemuan itu.

Mayat kedua-dua pendaki itu akan dibawa turun dalam masa beberapa hari lagi. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli