Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dipecat Dari PAS, Husam Musa Akui Beliau Mengalirkan Air Mata


Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa hari ini meluahkan yang beliau tidak dapat menahan rasa pilu dan sebak selepas dipecat sebagai ahli parti Islam itu, lapor Malaysiakini.

Menurut Husam yang merupakan Adun Salor berkata, ketika hatinya sedang pilu kerana tragedi helikopter hilang di Sarawak, tiba-tiba telefonya tidak putus-putus berbunyi.

"Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.

"Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu," katanya.

Menurut Husam, dia telah menyertai Pas pada tahun 1982 dan seperti kebanyakan anak muda lain, dulu dan kini yang menyerahkan sepenuhnya jiwa raga pada apa yg mereka fikirkan sebuah perjuangan suci membawa obor Islam menerangi kehidupan termasuk bernegara.

"Pada apa yang mereka fikirkan sebuah perjuangan suci, membawa obor Islam menerangi kehidupan termasuk bernegara.

"Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran.

"Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun," jelasnya.

Menurut Husam lagi, beliau hanya insan kerdil di mana katanya jika Nabi agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itulah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha.

"Usahlah engkau terlalu bergundah hati. Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.

"Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.

"Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain," katanya.

Sementara itu, Husam menjelaskan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas menerima makluman rasmi berhubung tindakan yang diambil ke atas saya.

Susulan itu, beliau yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Kerian tetap akan hadir pada mesyuarat agung PAS kawasan tersebut esok.

"Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli