Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Dia Tak Ambil, Bank Yang Bagi RM13.8 Juta"


Jiaxin Lee

Sydney: Seorang wanita Malaysia ditahan di lapangan terbang Sydney semalam ketika dia hendak meninggal negara ini kerana didakwa membelanjakan jutaan ringgi membeli barang mewah menggunakan wang AS$4.6 juta (RM13.85juta) yang dimasukkan ke dalam akaunnya secara kesilapan.

Harian Metro melaporkan, wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun Bank Westpac Christine milik Jiaxin Lee, 21, pelajar kejuruteraan kimia sebagai overdraf pada 2012.

Jiaxin ditahan polis persekutuan Australia di lapangan terbang itu malam tadi dan dikatakan sudah membelanja RM9.9 juta membeli beg tangan serta barangan mewah yang lain.

Hari ini, Jiaxin dihadapkan ke Mahkamah Tempatan Waverley bagi menghadapi pertuduhan curang mengambil kesempatan kewangan biarpun tahu ianya satu kesalahan.

Menurut dokumen mahkamah, Jiaxin Lee yang beberapa kali melakukan kesalahan itu antara Julai 2014 hingga Mac 2015, didakwa gagal memaklumkan kepada bank bahawa dia tidak berhak memilik wang terbabit.

Polis memulakan siasatan pada 2012 namun waran tangkap terhadapnya hanya dikeluarkan Mac tahun ini.

Mahkamah juga diberitahu, wanita itu sedar polis cuba menghubunginya menyebabkan dia memohon pasport kecemasan Malaysia dalam usahanya meninggalkan Australia.

Bagaimanapun, peguamnya menyatakan wanita itu mahu pulang untuk melawat ibu bapanya.

Ketika membenarkan Jiaxin diikat jamin A$1,000 (RM3,000), Majistret Lisa Stapleton berkata: “Ia tidak sampai ke tahap jenayah. Ia mengenai wang yang kita semua inginkan.

Dia tidak mengambilnya daripada bank. Mereka yang memberi kepadanya.”

Menurut majistret itu, jika itu keadaannya, Jiaxin hanya berhutang wang yang sudah dibelanjakannya tetapi tidak melanggar undang-undang.

Wanita itu yang tinggal di Australia sejak lima tahun lalu bersama teman lelakinya di Rhodes, utara Sydney, sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah 21 Jun depan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 2 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli