Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dapat Notis Pindah Rumah, Ibu Tunggal Jaga Anak OKU Hilang Arah



Butterworth, 5 Mei: Seorang ibu tunggal bingung memikirkan masa depannya kerana rumah yang didiaminya terbabit dengan projek pembangunan sekolah.

Lebih memeningkan lagi, ibu tunggal itu juga perlu menguruskan anaknya, 35, yang kurang upaya (OKU).

Wan Su Darus, 58, dari Kampung Setol, Teluk Air Tawar dekat sini, bergelut sendirian dalam menguruskan anaknya, Jamil Izzuan Abdul Jalil yang memerlukan perhatian yang tinggi kerana seorang lagi anaknya, Shahrul Azman, 26, masih lagi menuntut di Institusi pengajian tinggi manakala anak perempuan sudah pun berkahwin dan tinggal berasingan.

Harian Metro melaporkan, ibu tunggal itu mencari rezeki dengan bekerja sebagai tukang cucu, namun terpaksa berhenti empat bulan lalu selepas terjatuh menyebabkan tulang belakangnya retak.

Pada 15 Mac, ibu tunggal itu mendapat notis pemindahan kerana rumah yang didiami olehnya sejak 13 tahun lalu terbabit dengan projek pembangunan sekolah.

Menurut Wan Su, beliau tidak tahu macam mana tanah pusakanya itu boleh terbabit dengan projek tersebut.

Tanah yang saya diami asalnya tanah pusaka, tetapi entah macam mana boleh terbabit dengan projek pembangunan sekolah berhampiran.

“Notis berpindah dikeluarkan 15 Mac lalu dan tempoh diberi sehingga 15 Jun depan menyebabkan saya bingung memikirkan di mana hendak tinggal selepas ini,” katanya.

Kini, ibu tunggal itu menyara anaknya dengan menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (KM) RM300 sebulan dan sedang menunggu keputusan permohonan bantuan Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Menurut Wan Su, dia memerlukan RM700 sebulan bagi membeli keperluan anaknya termasuk lampin pakai buang, namun tiada sumber pendapatan sejak empat bulan lalu.

Tambah Wan Su lagi, dia telah ditawarkan pampasan RM24,000 jika rumahnya itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek terbabit, namun enggan perpindah kerana tiada rumah lain.

Kalau boleh saya tak mahu pindah kerana perlu menguruskan Jamil Izzuan termasuk memandikannya setiap hari sedangkan kami tiada tempat bergantung.

“Saya hilang arah tak tahu kepada siapa hendak mengadu sedangkan tempoh berpindah hanya sebulan lagi,” katanya yang berharap ada pihak tampil membantu. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli