Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Curi Telefon Di Low Yat, Remaja Dihukum Penjara Empat Bulan

Kredit Gambar: FMT

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atas seorang remaja yang merupakan penganggur selepas beliau didapati bersalah mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat, di Kuala Lumpur, tahun lalu, lapor Malaysiakini.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor berkata  beliau tidak dapat mengabaikan "cara jenayah itu dilakukan" dan menjatuhkan hukuman denda RM1,000 ke atas Shahrul Anuar Abdul Aziz, 23.

"Saya mesti mengambil kira bahawa sepanjang perbicaraan itu, dia  turut mengaku bersalah terhadap tuduhan dadah dan kes serangan lain," kata Nur A'minahtul.

Nur A'minahtul berkata demikian ketika menolak permohonan daripada peguambela Shaharudin Ali, yang mewakili Shahrul Anuar supaya mahkamah memberinya bon berkelakuan baik mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau bagaimanapun telah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara empat bulan tetapi memerintahkan wang denda RM1,000 dibayar serta-merta.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. ni apa kes? haritu hebat sgt smpai panggil org ramai p serbu low yat? kalau xinsaf xtahu la kau ni, menyusahkan org

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli