Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

CUEPACS Rayu Bonus Satu Bulan Untuk Persediaan Aidilfitri

Datuk Azih Muda
KANGAR, 31 Mei: CUEPECS merayu agar kerajaan memberi bonus satu bulan gaji untuk penjawat awam bagi membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Julai depan.

Presiden CUEPECS, Datuk Azih Muda, berkata, pemberian bonus itu adalah satu keperluan kerana kenaikan harga barang serta kos hidup yang tinggi.

"Permintaan ini diharapkan dapat ditunaikan kerana sebelum ini semua sedia maklum kerajaan memberi bonus RM500 setiap kali menjelang Hari Raya.

"Pemberian bonus ini diharapkan dapat disegerakan berikutan rasionalisasi Skim Perkhidmatan hanya akan berlaku penghujung Julai," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Selain itu, Azih juga berkata dia berharap agar kerajaan negeri yang berkemampuan dapat memberi bonus kepada kakitangan menjelang hari raya.

"Kakitangan kerajaan sudah pastinya akan kecewa sekiranya permintaan bonus satu bulan gaji ini tidak dapat ditunaikan.

"Kami juga menyambut baik langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengumumkan pemberian bonus Hari Raya tiga per empat gaji untuk kakitangan kerajaan negeri itu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli