Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Conteng Bas Pahang FC : Suspek Ingin Lepas Geram Kerana Kedudukan Merosot - Hasil Siasatan Polis




Johor Bahru, 18 Mei: Dua suspek utama dalam kejadian conteng bas milik Persatuan Bola Sepak Pahang yang ditahan pada jam 12.40 tengah hari tadi mengaku bersalah melakukan perbuatan itu kerana melepaskan geram.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bharu Selatan, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, suspek yang ditahan berusia 21 dan 35 tahun.

Foto : BH Online

Menurut beliau lagi, seorang suspek utama warga Kelantan manakala seorang lagi adalah warga setempat.

"Kejadian disedari oleh salah seorang pegawai PBNP yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sentral, di sini, kira-kira jam 12.40 tengah hari, hari ini. Hasil maklumat orang ramai kita berjaya menahan suspek di kawasan sekitar.

"Suspek pertama  berumur 21 tahun yang bekerja di kedai perkakasan rumah manakala suspek kedua berumur 35 tahun yang bekerja sendiri mengaku melakukan perbuatan khianat keatas bas PBNP menaiki sebuah motosikal.

"Hasil siasatan juga mendapati tindakan suspek disebabkan ingin lepas geram pada bas yang digunakan untuk membawa 22 pemain, tujuh pegawai dan seorang pemandu kerana kedudukan Pahang yang merosot dalam saingan Liga Malaysia dan ini tiada ada kaitan dengan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT)," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli