Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bekas Pemimpin Ajaran Sesat 'Rasul Melayu' Bertaubat, Minta Pengikut Turut Berbuat Demikian


Hidayah itu milik Allah, bekas pemimpin ajaran sesat Abdul Kahar Ahmad yang mengaku dirinya sebagai rasul Melayu akhirnya telah melafazkan taubat dan menyatakan keinsafan, lapor Malaysiakini.

Beliau melafazkan taubatnya itu di dalam Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di mana  Kahar memohon ampun kepada Allah atas kedustaannya dan berdoa semoga dia terus beristiqamah.

“Pada hari yang penuh keberkatan ini, hamba-Mu ini memohon dan menagih keampunan-Mu ya Allah atas kedustaan yang dilakukan oleh diri ini terhadap Islam dan juga kedustaan ke atas kekasihmu, Nabi Muhammad SAW, penutup segala nabi dan rasul,” katanya.

Abdul Kahar sebelum ini telah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu mendakwa sebagai rasul, terlibat dalam doktrin bertentangan syarak, melanggar arahan mufti, mempersenda Islam.

Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintahkan supaya Kahar mengikuti program pemulihan akidah (istitatabah) selama enam bulan terakhir sebelum hukuman pemenjaraan tamat.

Kahar dalam pada itu turut memohon maaf kepada sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri dan seluruh umat Islam dan beliau menyeru pengikutnya supaya bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar selain berharap media tidak merujuknya lagi dengan istilah 'Rasul Melayu'. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli