Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Comel Dilahirkan Dalam Bas Ekspress

No Comment


TEMERLOH: Seorang wanita berusia 20-an selamat melahirkan seorang bayi perempuan dalam sebuah bas ekspress di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran dengan Lanchang dalam kejadian kira-kira 9 pagi tadi.

BH Online melaporkan, wanita itu difahamkan menaiki bas itu bersama rakannya untuk berjumpa suami yang bekerja di Kuala Lumpur.

Pemandu bas itu, Mohd Zaidi Yusoff, 37, berkata bas berkenaan bertolak dari Terminal Sentral Kuantan ke KL pada jam 7.45 pagi tadi.

Sebaik sahaja tiba di Lanchang, dia dimaklumkan ada seorang wanita di dalam bas itu sakit sebelum memberhentikan kenderaan di tepi lebuh raya bagi melihat keadaan wanita terbabit.

"Wanita berkenaan memberitahu perutnya sakit seperti mahu bersalin dan saya mengambil bantal untuk untuk dialaskan di kepalanya dan tidak sampai lima minit wanita itu selamat melahirkan bayi perempuan sambil dibantu beberapa penumpang yang lain," katanya.

Mohd Zaidi kemudian meneruskan perjalanan hingga ke RnR Lanchang sebelum ambulans tiba dan membawa ibu serta bayi terbabit untuk menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli