Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anggap MCA Musuh Islam, Ridhuan Tee Umum Keluar Dari MCA


Penceramah bebas Ridhuan Tee Abdullah yang merupakan ahli seumur hidup MCA telah mengumumkan beliau telah keluar dari parti itu bermula hari ini, lapor Malaysiakini.

Tindakan yang dilakukan oleh beliau itu adalah tanda protes kepada MCA yang disifatkannya sebagai sebuah parti yang berterusan menentang hudud.

Kerana perkembangan akhir-akhir ini (hudud). Saya tidak mahu menanggung dosa berada dalam parti sebegini,” katanya.

Dua menteri dari MCA sebelum ini mengugut mahu meletak jawatan selepas kerajaan membenarkan Presiden Pas mengusulkan RUU persendirian di Parlimen yang meminta menambah bidang kuasa mahkamah Syariah.

Selain itu MCA juga telah melancarkan kempen supaya rakyat menentang hudud yang diusulkan oleh Pas.

Ridhuan dalam pada itu memberitahu beliau memohon menjadi anggota MCA pada tahun 1995 atau 1996 tetapi hanya diluluskan pada tahun 2000.

Beliau menyertai MCA kerana bagi membuktikan beliau bukan “masuk Melayu” dan kekal sebagai seorang Cina walaupun telah memeluk Islam.

“Dulu saya masuk MCA sebab saya nak tunjukkan saya bukan masuk Melayu, saya kekal Cina.

“Niat saya untuk berdakwah, menjadi jambatan (pada Islam), tetapi tidak pernah dihargai. Malah mereka melihatnya sebagai ancaman,” katanya lagi.- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli