Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Adakah Kucing Anda Sayangkan Anda? Ini 6 Tandanya Menurut Pakar

No Comment

Kucing, makhluk comel yang dipenuhi dengan misteri.

Boleh dikatakan orang Malaysia sangat gemar memelihara kucing sebagai haiwan belaan sehingga ada yang sanggup berhabisan beribu-ribu ringgit untuk mereka sebagai tanda kasih sayang untuk haiwan comel itu.

Tapi apakah tanda kucing yang dibela sayangkan tuannya? Pakar kucing, Anita Kelsey, ada jawapannya.


6 Tanda Kucing Anda Sayangkan Anda


1 - Ia suka menggosok-gosok badan di kaki



Apakah yang kucing anda lakukan ketika anda pulang ke rumah. Jika ia menggosok-gosok badannya di kaki anda ia adalah tanda ia sayangkan anda.

Ini kerana ia ingin menandakan 'kawasan' dengan baunya selepas anda pergi buat satu tempoh yang lama.

"Mereka menggosok ke kaki kita untuk menandakan kawasan dengan bau mereka", jelas Anita.

2 - 'Purring'


Menurut Anita, jika kucing mengeluarkan bunyi 'purring', kebiasaannya ia dalam keadaan bahagia.

3 - Suka menanduk


Apabila kucing menanduk anda, ia sebenarnya sedang menanda kawasan mereka. Sama seperti kelakuan mereka menggosok badan di kaki anda.

Menurut Cat Behaviour Associates, kucing mempunyai kalenjar bau di muka mereka.

"Menanduk adalah satu cara mereka cuba memberitahu kucing lain bahawa anda adalah milik mereka", kata Anita.

4 - 'Mengurut'



Anita berkata, apabila kucing mengurut, ia adalah tanda kasih sayang.

Mengurut sebenarnya satu kelakuan yang kucing belajar dari ibu mereka. "Mengurut adalah satu tanda kepuasan. Kucing melakukan kelakuan ini untuk mengekspresskan kepuasan ketika minum susu dari ibu mereka", jelas Anita.

5 - Suka releks di badan anda/ Dibelai


Jika kucing anda suka berdamping dengan anda, ini bermakna mereka selesa berada disamping anda, kata Anita.

Namun, bukan semua kucing begini. Ada juga kucing yang jenis bajet-bajet 'cool'. Terutamanya kucing jantan.


6 - Ketika berjumpa tuannya, ekor naik ke atas




Bonus : Adakah ketika kucing membawa tikus / haiwan mati kepada kita, ia bermakna hadiah?

Emmm, ia sebenarnya bukan hadiah. Mereka sebenarnya mahu berkongsi makanan itu dengan anda. Sama seperti apa yang ibu mereka lakukan untuk mereka. - Siakapkeli.my

Sumber : metro.co.uk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli