Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

534 Kamera CCTV Akan Beroperasi di Pulau Pinang, Dilengkapi Dengan Pembesar Suara



GEORGE TOWN – Sebanyak 534 kamera litar tertutup (CCTV) yang berniali RM38.3 juta kan beroperasi sepenuhnya pada penhujung tahun ini di seluruh Pulau Pinang dalam usaha merealisasikan hala tuju Kerajaan Negeri ke arah sebuah bandaraya yang lebih bersih, hijau, sihat dan selamat.

Laporan dari Buletin Mutiara menyatakan, kini Majlis Bandaraya Pualau Pinang (MBPP) dalam proses memasang 216 lagi kamera CCTV yang dijangka siap pada Ogos ini.

Setakat ini, MBPP mempunyai 286 buah kamera CCTV yang telah beroperasi di bahagian pulau, Pulau Pinang.

“Manakala, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut memasang 32 buah kamera CCTV yang beroperasi sejak Jun 2015.

“Dengan penambahan (pemasangan) yang dirancang ini, jumlah kamera CCTV yang akan beroperasi menjelang penghujung tahun ini ialah sebanyak 534 buah,” kata Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow.

CCTV berkenaan turut dilengkapi dengan pembesar suara di mana pengumuman kecemasan boleh dibuat dari pusat kawalan.

Ia (CCTV) turut dilengkapkan dengan pembesar suara di mana pengumuman kecemasan boleh dibuat dari pusat kawalan CCTV dan bagi menasihati pemandu agar mengalihkan kenderaan yang mengganggu atau menghalang lalulintas,” jelasnya Yeow. - Siakapkeli.my







Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli