Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Dicekup Berkhalwat Terkejut Suami Hadir Bersama Keluarga Sebagai Penjamin


MELAKA: Seorang wanita yang dicekup berkhalwat dengan lelaki lain terkejut selepas suaminya turut hadir untuk menjaminnya di pejabat Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), lapor Sinar Harian.

Wanita berkenaan yang berusia 23 tahun yang berasal daripada selatan tanah air itu telah ditahan oleh penguatkuasa Jaim bersama seorang lelaki yang merupakan penjawat awam di sebuah bilik hotel dalam Operasi Khas mencegah maksiat di sini, awal pagi semalam.

Menurut Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, pasangan ini telah ditahan kira-kira jam 2.45 pagi semalam dan pada mulanya lelaki berkenaan menyatakan dia hanya berseorangan di dalam bilik berkenaan.

“Bagaimanapun, selepas pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat kuasaan Jaim, Zurul Iman Zakaria melakukan pemeriksaan mendapati seorang wanita dalam keadaan menyorok di bilik hotel berkenaan.

“Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka sebagai suami isteri tetapi setelah disoal siasat lanjut akhirnya pasangan itu mengaku sebaliknya," katanya.

Rahimin memberitahu, wanita tersebut terkejut selepas keluarganya yang datang sebagai penjamin membawa suaminya sekali bersama.

"Hasil siasatan kedua-dua mereka masih suami isteri, malah dikatakan suami berkenaan turut mengenali lelaki yang ditahan bersama isterinya,” katanya.

Dalam operasi yang bermula bermula jam 10.30 malam dan berakhir jam 2 pagi itu, tujuh lagi pasangan berusia 19 hingga 53 tahun ditahan.

Menurutnya, kesemua mereka ditahankan dalam pemeriksaan membabitkan 12 buah hotel di sekitar Bandaraya Melaka yang disertai seramai 20 orang anggota Penguat kuasa Jaim.

Katanya, kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

"Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli