Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Pelajar Peluk Islam Dihadapan Dr. Zakir Naik di UTeM Melaka : "Saya Terima Hidayah Malam Ini"


Melaka, 17 Apr - Ceramah Dr. Zakir Naik di Melaka hari ini menyaksikan seorang pelajar UTeM mengucap dua kalimah syahadah di hadapan penceramah antarabangsa itu.

Senkiran Dharma, 24, melafazkan kalimah suci itu selepas menerima penerangan jelas mengenai persoalan mengenai Islam daripada Dr Zakir.


Pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik Komunikasi itu,  yang sebelum ini menganut agama Hindu berkata, tindakannya itu dilakukan secara rela hati tanpa paksaan sebarang pihak.

"Saya sudah mempelajari Islam sejak lebih tiga tahun lalu. Selepas menunggu lama akhirnya saya menerima hidayah untuk memeluk Islam malam ini," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.


Sejurus mengucap dua kalimah syahadah, Senkiran menerima senaskah al-Quran daripada Zakir sambil diiringi laungan takbir.



Di Twitter, orang ramai mula mengucapkan syukur dengan berita gembira itu. Menerusi tweet video yang dimuat naik, kedengaran pelajar terbabit mengikuti Dr. Zakir Naik mengucap dua kalimah syahadah.


Lebih 20,000 hadir untuk mendengar syarahan disampaikan penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik, di Dewan Besar Universiti Teknikal Melaka (UTeM).

Penceramah itu tiba di Dewan Besar UTeM bersama Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron pada jam 8.15 malam tadi, disambut hadirin terdiri daripada pelbagai kaum.

Dr. Zakir menyampaikan syarahannya bertajuk Islam-Masalah dan Penyelesaian Untuk Kemanusiaan - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli