Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Memang Saya 'Makan Dedak', Kata Nazri


KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui dia 'makan deda' sebagaimana yang diperkatakan sejak zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad lagi.

Kata beliau, apa yang menghairankan seolah-olah ada perbezaan dedah dahulu dengan dedak zaman Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Kalau dulu dia bagi dedak, dia kata saya bagus. Kenapa Najib sekarang bagi dedak tak bagus pulak?.

Saya memang makan dedak. Tak apalah saya makan dedak macam burung atau ayam. Kerana kita makan dedak itu untuk memperkuatkan parti,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Katanya, beliau memang makan dedak, sebab itu adalah dedak yang Mahathir bagi kepadanya.

Dedak ada yang special ke? Ya saya makan dedak. Banyak khasiat dedak. Kita semua tahu negara yang membangun, teknologi bagus, dedaknya lebih bagus.

“Tentu lebih baik daripada dedak yang dia bagi dulu. Saya tidak menafikan itu. Saya memang makan dedak,” katanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli