Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Lelaki Pamer Kehebatan Nyalakan Rokok Rakan Guna AK-47

No Comment

ISLAMABAD 10 April - Seorang lelaki di Pakistan menunjukkan kehebatannya mengguna senapang AK-47 dengan menyalakan rokok rakannya dengan melepaskan tembakan dari jarak jauh menggunakan senapang itu.

Lapor portal Dailymail, aksi mendebarkan itu dirakam menerusi rakaman video yang mana memaparkan penembak itu mengambil kedudukan beberapa ratus meter dari rakannya yang meletakkan sebatang rokok di mulut untuk dinyalakan.

Selepas itu, dilihat lelaki itu secara tenang sahaja melepaskan tembakan tepat untuk menyalakan rokok tersebut.

Lokasi tepat video itu diambil tidak diketahui namun ia dipercayai berlaku di kawasan pergunungan Pakistan berdasarkan pakaian tradisional yang dipakai oleh kedua-dua lelaki terbabit.

Penembak itu juga dipercayai pernah mengikuti latihan ketenteraan kerana mampu menembak sasaran sekecil itu menggunakan senjata automatik. - Siakapkeli.my


Rakan penembak menunggu rokoknya dinyalakan.

Penembak berjaya menyalakan rokok dengan satu tembakan tepat.
Rakan penembak menepuk tangan sebagai pujian kepada kehebatan rakannya.

Dari pandangan penembak : Sebelum tembakan

Dari pandangan penembak : Selepas tembakan


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli