Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Dody Kucing Peliharaan Terbaru Datuk Aliff Syukri Berharga RM30,000


Kucing adalah haiwan yang amat comel dan bagi peminat haiwan ini, membelanya mendatangkan ketenangan lebih-lebih lagi meliaht keletah haiwan comel ini yang ternyata melucukan.

Kucing peliharaan ini terdapat pelbagai spesis, dari kucing kampung sampai ke kucing yang bulu 'gebus' harga ribuan ringgit.

Terbaru, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai abang terlajak laris telah memuatniak gambar dan video di laman Instagramnya apabila membeli seekor kucing terbaru peliharaannya yang cukup comel tapi garang.

Kucing terbaru kepunyaan Datuk Aliff diberi nama Dody, tahukah anda bahawa kucing berkenaan dibeli oleh Datuk Syukri dengan harga RM30,000.

"Nama dia dody ...keluarga baru saya..sy baru je beli kucing ni..dah lama kumpul duit nak beli kucing ni rm30k .. Kena oder dulu sebulan baru sampai," tulis beliau di laman Instagram.




Kalau dari carian admin, dari bentuk dan ciri-ciri kucing berkenaan, ia mungkin dari jenis Savannah Cat, iaitu hasil kacukan daripada baka Serval (kucing hutan Afrika) dan kucing siam pada tahun 1986 oleh Judee Frank.

Kucing Savannah mukanya lebih macam kucing biasa iaitu telinga lebih kecil, bentuk badan yang macam kucing normal, dan warna bulu yang lebih kelabu. Saiznya bergantung pada jenisnya, ada yang besar seperti kucing Serval.

Rekod harga termahal kucing ini pernah dibeli mencecah RM200,000 di mana tergolong dalam baka kucing paling mahal di dunia.

Tapi minat punya pasalkan, mahal pun sanggup bagi mereka yang mampu. Apapun bagi mereka yang nak tahu perkembangan kucing ni bolleh follow Intagram Dody kucingatl. - Siakapkeli.my





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 2 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli